Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

LIN ,
MASAI

"AL-FATIHAH DIUCAPKAN KEPADA ARWAH EN IBRAHIM, PEMBANTU OPERASI SJK(C) MASAI YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH HARI INI.SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU DAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH SERTA SYURGA SEBAGAI GANTI TEMPAT TINGGALNYA DAN BERILAH KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.AMIN"
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       7 pelawat di talian
PIAGAM PELANGGAN

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang bertekad, beriltizam dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Proses penempatan murid Tahun 1, Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pengesahan / pendaftaran.

  2. Proses pertukaran biasa murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 1 hari bekerja dan tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  3. Proses pendaftaran calon untuk peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia dalam tempoh 30 hari mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

  4. Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja dan tarikh senarai guru diterima dan pertukaran guru diuruskan dua kali setahun dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.

  5. Menyediakan salinan Rekod Kenyataan Perkhidmatan (RKP) yang terkini bagi guru dan AKP dalam tempoh tiga hari dari tarikh permohonan diterima.

  6. Proses aduan dan maklum balas pelanggan dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklum balas pelanggan diterima.

  7. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan dari perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.

  8. Proses cadangan pengisian kekosongan perjawatan kanan di PPD/Sekolah dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari selepas berlaku kekosongan.

  9. Segala urusan dan penyelesaian masalah berkaitan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh borang diterima.

  10. Semua tuntutan bayaran yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima.

  11. Pelanggan yang mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja.

  12. Maklumat di laman web organisasi (www.ppdpgudang.edu.my) dikemaskini dalam tempoh 24 jam selepas maklumat diterima.

Kami sentiasa bersedia menerima cadangan dan teguran membina daripada semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.