PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG
d/a SK Seri Kota Puteri 4, Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri, 81750 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-3881210, Fax: 07-3881203, Web: http://www.ppdpgudang.edu.my



Tindakan: SETIAUSAHA SUKAN
10 Jan 2017


[SEGERA]PERUBAHAN TEMPAT TAKLIMAT PENGURUSAN SUKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2017


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2.         Merujuk kepada surat yang telah diedarkan sebelum ini bertarikh 05 Januari 2017, adalah dimaklumkan bahawa PPD Pasir Gudang membuat perubahan tempat taklimat tersebut mengikut ketetapan berikut :

 

            Tarikh              : 11 Januari 2017 (Rabu)

            Masa               : 2.30 petang

            Tempat            : Dewan Mesyuarat, SK Taman Megah Ria

 

3.         Sehubungan dengan itu, memohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan untuk membenarkan setiausaha sukan sekolah untuk hadir ke taklimat tersebut.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik  Mohd Rizal bin Rahman di talian 013 7620334, Penyelia Kanan Sukan PPD Pasir Gudang.Segala jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

"SEHATI SEJIWA"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 



Yang menjalankan tugas,

Zairul Izhwan bin Ahmad Termizi
Penyelia Sukan