PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG
d/a SK Seri Kota Puteri 4, Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri, 81750 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-3881210, Fax: 07-3881203, Web: http://www.ppdpgudang.edu.my



Tindakan: Guru Besar, Sekolah-Sekolah Rendah, Daerah Pasir Gudang.
10 Jan 2017


UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017 PENEMPATAN DAN PERUNTUKAN BILIK DARJAH UPSR DAN CADANGAN PEMERIKSA


Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Rendah,

Daerah Pasir Gudang.


 

Tuan,

 

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

PENEMPATAN DAN PERUNTUKAN BILIK DARJAH UPSR DAN CADANGAN PEMERIKSA


Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

 

 

2.         Untuk makluman tuan , pendaftaran UPSR 2017 secara atas talian (online) akan bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2017

 

      

3.          Sehubungan itu , kerjasama tuan diminta untuk melengkapkan Borang Penempatan Calon dan Peruntukan Bilik Darjah (UPSR/PC/2017),Maklumat Am Sekolah , Lampiran A (PASR) dan Cadangan Pemeriksa sekolah tuan bagi tujuan persediaan peperiksaan UPSR 2017. Surat makluman dan borang telah dimasukkan ke dalam pigeon hole sekolah. 

 

 

4.          Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) memohon tuan untuk mencalonkan seorang guru sebagai pemeriksa bagi setiap mata pelajaran. Borang cadangan pemeriksa yang telah  lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada 17 Januari 2017 manakala Borang Penempatan Calon dan Peruntukan Bilik Darjah (UPSR/PC/2017) Maklumat Am sekolah dan Lampiran A (PASR) dihantar sebelum atau pada 19 Januari 2017

 

 

4.          Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Pasir Gudang. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Saiful Anuar Bin Subakhir, Penyelia Peperiksaan ditalian 013-7215977.

 

Sekian, Terima kasih.

 

 



Yang menjalankan tugas,

Saiful Anuar Bin Subakhir
Penyelia Penilaian & Peperiksaan