PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG
d/a SK Seri Kota Puteri 4, Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri, 81750 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-3881210, Fax: 07-3881203, Web: http://www.ppdpgudang.edu.my



Tindakan: PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG
12 Nov 2017


LATIHAN PUSAT KEM SARINGAN KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA STUDENT LEADERS BOARD SLB SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2017


Pengetua,
Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang.
(Seperti Dilampiran)


Tuan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memberi pelepasan pegawai tuan dan ahli yang terlibat hadir ke latihan berkenaan seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 15 dan 22 November 2017 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : SMK Dato Penggawa Timur, Masai


3. Bersama-sama ini dilampirkan surat edaran, senarai nama guru dan ahli DSLB sekolah tuan yang terlibat.


4. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Husnizar bin Ahmad (Penolong PPD Hal Ehwal Murid) melalui talian 019-7285121. Kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan amat kami hargai.


Sekian, terima Kasih.



Yang menjalankan tugas,

Husnizar Bin Ahmad
Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan