PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG
d/a SK Seri Kota Puteri 4, Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri, 81750 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-3881210, Fax: 07-3881203, Web: http://www.ppdpgudang.edu.my



Tindakan: PENGETUA DAN PENOLONG KANAN HEM
11 Jan 2017


MESYUARAT ZONING PENEMPATAN MURID SEKOLAH MENENGAH SESI 2018.


 

Perhatian kepada Pengetua sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Zoning Penempatan Murid Sekolah Menengah Sesi 2018 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

      2.1  Tarikh          : 17 Januari 2017 (Selasa)

2.2  Masa            : 2.30 petang hingga 5.00 petang

2.3  Tempat       : Bilik Mesyuarat Al- Fateh, SK Seri   Kota Puteri 4.

2.4 Pengerusi    : Tn. Hj. Jasni Bin Omar

                Pegawai PPD Pasir Gudang. 

3.        Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid hadir ke Bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En. Muhd Shakirin bin Md Shah - Penolong PPD Pengurusan Sekolah (Murid) ditalian 07-3881210 sambungan 305. Kerjasama tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

 Sekian terima kasih.     

 "SEHATI SEJIWA"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


 



Yang menjalankan tugas,

Norhardiana binti Norli
Pembantu Tadbir (P/O)