Buku Pelawat

En. Hashim Bin Zainal ,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Selamat menyambut Bulan Ramadan Al- Mubarak kepada semua warga pendidikan Daerah Pasir Gudang.Semoga kehadiran bulan yang penuh barakah ini akan meningkatkan potensi dan integriti kita dalam memikul tanggungjawab sebagai warga pendidikan yang sentiasa cemerlang dalam pelbagai aspek.Buat anak -anak yang berada di bangku sekolah sama ada anda adalah calon yang bakal menghadapi peperiksaan besar ataupun tidak,jadikan ruang waktu yang ada ini untuk anak -anak semua meningkatkan kemampuan pencapaian akademik secara maksimun dengan istiqamah dan berusaha memperbaiki sahsiah diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.Moga usaha semua pihak ini akan dilihat sebagai satu jihad dalam menghadapi suasana bulan puasa yang mulia ini...InsyaAllah"
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       7 pelawat di talian

Buku Pelawat


Nama :
Dari ? :
Email :
Ucapan  


Mon, 15 Nov 2010 - EN MOHD HAFIDZ BIN SAMSUDIN -gpk kokurik (SK PASIR PUTEH ,PASIR GUDANG)
Tahniah di atas kejayaan pasukan bola tampar skpp diatas kejayaan tempat ke empat dalam kejohanan Bola Tampar Terbuka Johor Yang berlangsung pada 13 dan 14 November 2010.Pertandingan yang disertai oleh sekolah- sekolah negeri Johor dan pasukan dari sekolah -sekolah Singapura.Pencapaian yang cukup membanggakan kerana satu -satunya sekolah rendah yang dijemput menyertai pertandingan dan meraih kejayaan.Tahniah buat jurulatih dan semua warga SKPP.


Sat, 13 Nov 2010 - Rajeswari (Bekas NYDP PIBG SKTR2 2009)
Tahniah diucapkan kepada Sktr2 atas pencapaian UPSR 2010 yg cemerlang,dan Top di Pasir Gudang.Syabas! kepada semua Murid2 year 6,Guru Besar dan Guru2.


Fri, 12 Nov 2010 - MUHAMAD ALI BIN HARUN (Pengerusi Majlis Perhubungan Penolong Kanan Petang)
Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada En. Supiandi Yusof atas kesudian merasmikan kolokium kepimpinan penolong kanan petang di Hotel Selesa. Tidak lupa juga sekalung terima kasih pada pembentang kertas kerja iaitu Dr. Khadijah Yusof, Pn. Hjh Salleha Kahar dan En. Abdullah Yusof. Kepada semua J/K Majlis Perhubungan Penolong Kanan Petang tahniah dan terima kasih atas kejayaan mengelola dengan baik.


Thu, 11 Nov 2010 - Hjh Bedah bte Bidin (SK Taman Johor Jaya 5)
Tahniah! diucapkan kepada semua warga SK, SJKC dan SJKT daerah Pasir Gudang yang telah cemerlang dalam pencapaian UPSR 2010. Keputusan telah diumumkan pada hari ini 11 November 2010, Pasir Gudang telah meningkat ke tangga ke-8. Syabas! untuk semua.


Tue, 09 Nov 2010 - Daud Othman (PPD Pasir Gudang)
Tahniah dan syabas kepada Pengerusi Permainan, Pengurus, dan peserta pasukan -pasukan permainan MSKPP Pasir Gudang atas kejayaan di MSKPP Johor 2010. Segamat. Khas kepada Pasukan Ping Pong ( Johan ), Badminton ( Johan ) Bola Jaring Veteran ( N/ Johan ), Hoki ( Keempat ) Pada tahun hadapan 2011, Daerah Pasir Gudang akan mengelola MSKPP Johor. Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang mengharapkan semua pasukan akan bersiap sedia mengatur pasukan dan bertindak lebih awal supaya menduduki top 3.


Sat, 06 Nov 2010 - mohd. asri bin a. karim (penyelia sukan ppd pasir gudang)
TAHNIAH dan jutaan terima kasih kepada semua peserta MSKPP Pasir Gudang yang telah menunjukkan kesungguhan dan mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam Pesta MSKPP Johor yang telah diadakan di Segamat pada 29 - 31 Okt. yang lalu. Semoga pasukan MSKPP Pasir Gudang akan lebih cemerlang lagi dalam Pesta MSKPP Johor yang akan di adakan di daerah Pasir Gudang pada tahun 2011.....


Thu, 04 Nov 2010 - AZHARIAH ABDUL AZIZ (smk tanjung puteri resort)
TAHNIAH KEPADA URUS SETIA KURSUS PROFESIONALISME GURU-GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG YG BERLANGSUNG DI BERUANG HILL RESORT MELAKA. BANYAK INPUT YANG DIPEROLEHI MELALUI KURSUS INI..... DAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN SEBILIK YANG MENJADIKAN TEMPOH 3 HARI PENUH DENGAN KECERIAAN ... JANGAN LUPA KENANGAN DI SANA .....


Thu, 04 Nov 2010 - norfaizah bt mansur (sk masai)
Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu.


Wed, 03 Nov 2010 - jantan bin ismail (sk f ulu tebrau)
Tahniah kepada En Solikin atas pengurusan cemerlang bagi skuad badminton MSKPP Pasir Gudang , atas kejayaan yang diraih.


Wed, 03 Nov 2010 - RAJESWARI (BEKAS NYDP SKTR 2 2009)
HAPPY DEEPAVALI TO ALL OF U.


Tue, 02 Nov 2010 - Warga Pejabat (SK Cahaya Baru)
Tahniah kepada Puan Norsiah Mamat kerana dapat berpindah. Semoga gembira dan tenang hati di tempat baru nanti.


Mon, 01 Nov 2010 - Solikin Bin Ahmad (SK Permas Jaya 1)
Salam.... Terima Kasih diucapkan kepada PPD Pasir Gudang terutamanya UNIT HEM, kerana sokongan yang diberikan kepada Kontijen Badminton MSKPP Pasir Gudang. Terima Kasih juga kepada semua pemain yang berusaha keras dan bersemangat tinggi sepanjang Pesta MSKPP Johor di Segamat. Tahniah kerana telah menjadi JOHAN KESELURUHAN BADMINTON MSKPP bagi tahun 2010. Segala sumbangan anda amat dihargai.... Semoga berjumpa lagi...


Mon, 01 Nov 2010 - azhariah bt abdul aziz (smk tanjung puteri resort)
tahniah dan selamat berangkat kepada rakan-rakan guru yang akan menunaikan fardu istimewa untuk Pn Jamiah Kecut dan PnHaniza Samuri semoga mendapat haji mabrur


Mon, 01 Nov 2010 - Anis Isnaizah Md Hariri (SK Tanjung Puteri Resort)
Syabas dan tahniah kepada pasukan bola jaring veteran yang telah berjaya mendapat tempat kedua peringkat negeri dalam PSKPP 2010 di Segamat, Johor pada 29 - 31 Oktober 2010. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya jurulatih kesayangan Cik Norpisah Ibrahim yang bekerja keras merealisasikan prestasi bola jaring Pasir Gudang hingga ke tahap ini...


Mon, 01 Nov 2010 - norfaizah bt mansur (sk masai)
tahniah kepada kontinjen badminton MSKPP Pasir Gudang..kerana berjaya menjadi Johan peringkat Negeri..


Mon, 25 Oct 2010 - Ketua Panitia BI (Warga SJKC Ban Foo)
Tahniah kepada Lukman kerana dapat berpindah ke Kota Tinggi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau dan semoga beliau akan berasa gembira dan berpuas hati di tempat kerja baru nanti.


Mon, 25 Oct 2010 - AZIAN ZB (SK KOPOK)
Sama-samalah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada adik Nursyazwani bt Long Chik murid tahun 5 dari SK Kopok yang telah meninggal dunia akibat penyakit leukimia pada hari khamis 21.10.2010 semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Sun, 24 Oct 2010 - brother (bro)
En.Saat bin kahar diucapkan taniah kerana selamat bertukar ke Batu Pahat.disini kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan di daerah ini. Kepada rakan-rakan En.En Anuar Bin Mashuri yang akan menunaikan Fardu Haji semuga mendapat haji yang marbur...


Sat, 23 Oct 2010 - Mohd.Ramli B.Embok Nginang (Penyelia Kanan Sukan,PPD Pasir Gudang)
Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga SK Kota Masai 2 atas kejayaan menganjurkan Larian Merentas Desa Kali Ke-2 dengan jayanya pada hari sabtu 23 oktober 2010.Sekalung penghargaan kepada Guru Besar Pn Rosiati Bt Jani,Penolong Kanan Kokurikulum En Mohd Haszam,Guru-guru Penolong Kanan,Setiausaha Sukan,Guru-guru Rumah Sukan,PIBG dan anak didik yang menyertai larian atas kerjasama yang sangat erat bagi menjayakan majlis tersebut.Sesungguhnya "KERJASAMA SEPASUKAN MERAIH KEGEMILANGAN"


Thu, 21 Oct 2010 - AKS SKTPI (SK TAMAN PELANGI INDAH)
Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada En Khairul Anuar Bin Mashuri yang akan berangkat pada 26.10.2001 ini. Semoga dipermudahkan Allah dan mendapat Haji yang Mabrur.... AMIN....


Thu, 21 Oct 2010 - Sahat bin Kahar (Unit Pentadbiran Am)
Mulai pada 18.10.2010 saya telah bertukar ke Batu Pahat. Di kesempatan ini saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pegawai dan staf PPD Pasir Gudang, Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru dan semua Pembantu Tadbir sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang sekiranya ada terkasar bahasa dan sebarang kesalahan sepanjang perkhidmatan saya di Unit Pentadbiran Am, PPD Pasir Gudang ini. Doakan saya semoga sihat sejahtera dan tabah menempuh dugaan. Sekian, terima kasih.


Thu, 21 Oct 2010 - PT (SK Pasir Puteh)
Selamat menunaikan ibadah haji kepada Pn.Mardiana bt Sajadi(Guru Besar) dan Pn. Seri Rahayu bt Suparman.Semoga dipermudahkan ALLAH mendapat haji yang mabrur...amin


Wed, 20 Oct 2010 - panitia BM (smk taman daya 2)
selamat mengerjakan rukun islam ke-5 buat buat pengetua kami,pn.jamiaah bersama suami n bakal-bakal haji yang lain,semoga perjalanan ibadah kalian dberkati Allah.semoga dberi kesihatan yang terbaik dan permudahkan segala urusan di sana.moga-moga mendapat haji yang mabrur. doakan seluruh ummat Muhammad saw agar menjadi insan/pemuda-pemudi yang lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini,serta berjiwa hebat untuk agama bangsa dan negara terutamanya buat kami warga pendidik,staf sokongan n anak2 didik di sini.doakan kami juga agar sempat ke sana untuk merasai kenikmatan berada di tanah suci. doa kami mengiringi kalian semua.


Wed, 20 Oct 2010 - Omar b Alivi (SK Masai)
Selamat menunaikan haji kepada Tn Hj Huzaini dan isteri. Semoga mendapat haji yang mabrur. Doakan kami semua disini. Wasalam


Tue, 19 Oct 2010 - Pn. Hajah Salleha Bini Abd. Kahar (Pengetua SMK Taman Mount Austin )
Selamat mengerjakan ibadah haji kepada semua tetamu ALLAH.Didoakan agar tuan/puan dipermudahkan ALLAH dalam mencapai haji yang mabrur. Salam saya kepada Rasullullah S.A.W.


Tue, 19 Oct 2010 - Akie (SMK Taman Daya 2)
Selamat menunaikan Haji untuk Pn Jamiaah Kechut, Pengetua SMKTD2 dan suami.. semoga mendapat haji yg mabrur.. jangan lupa doakan kami di TD2


Fri, 15 Oct 2010 - Suhaimi molek ()
Tahniah kepada En Daud bin Othman atas jawatan baru beliau. tahniah juga buat En Asri atas komitmen baru anda. semoga sukses dengan tugasan baru.


Thu, 14 Oct 2010 - Unit Bimbingan dan Kaunseling (SMKDC)
SALAM PERPISAHAN BUAT MANTAN PENGETUA DAN KINI TIMBALAN PPD DAERAH PONTIAN, TN HJ ISMAIL B ROSDI."YOU HAVE BEEN THE WIND BENEATH OUR WINGS MAKING US SOAR HIGHER WITH YOUR GUIDANCE AND ADVICE. HOPE YOU WILL ALWAYS BE THE WIND FOR OTHERS TOO BOSS." SEGALA BANTUAN DAN NASIHAT TUAN AMAT KAMI HARGAI DAN HARAPAN KAMI IALAH AGAR TUAN TERUS MAJU JAYA. DI SINI JUGA KAMI MENGALU=ALUKAN KEDATANGAN PENGETUA BARU, TN HJ ABD RAOB B HUSIN DENGAN HARAPAN TUAN AKAN MENJADIKAN SMK DSA CEMERLANG LEBIH CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG.


Thu, 14 Oct 2010 - zhelly (Permas Jaya 16)
Tahniah kepada semua warga SK senibong yang menjayakan sukaneka tahun ini. Moga berterusan di tahun tahun akan datang.


Mon, 11 Oct 2010 - Warga SMKDC (Tiram)
Salam perpisahan Buat Tn Hj Ismail B. Rosdi. Mantan Pengetua SMK Desa Cemerlang (Sept 2008- Sept 2010) yang dinaikkan pangkat ke Jawatan Tim. PPD Pontian. Tahniah dan selamat maju jaya tuan! Bak kata perpatah...hatimau mati meninggalkan belang... manusia pergi meninggalkan jasa...Terimakasih kerana mencurahkan ilmu , bimbingan dan panduan buat kami!! Ucapan Selamat datang buat Tn. Hj Raob B. Hussin Pengetua ke 4 SMK Desa Cemerlang.... kami mengalu-alukan kedatangan tuan....sebagai kapten baru kami dan ahli keluarga SMKDC.


Mon, 11 Oct 2010 - Ketua Panitia Bahasa Melayu (SMK Desa Cemerlang)
Buat tatapan Tn Hj Ismail Bin Rosdi, Kami doakan... Kalau di sini tuan penghulu, Di sana tuan menjadi menteri.. Kalau di sini tuan hulubalang, Di sana tuan menjadi panglima.. Kalau di sini tuan duduk di atas rumput, Di sana tuan duduk di atas tikar... Yang suasa menjadi perak, Yang perak menjadi emas.. Yang kolam menjadi tasik, Yang tasik menjadi lautan... Serindit menjadi merak, Kelicap menjadi helang.. Selamat Maju Jaya Tuan..


Mon, 11 Oct 2010 - Ketua Panitia Bahasa Inggeris (SMK Desa Cemerlang)
A new adventure starting, Filled with sun, sea and sand, I'd like to wish you luck, As your horizon now expand, Its time to say goodbye, Although I'd really rather say, Wish you best of luck Tuan Haji Ismail Bin Rosdi, Because we'll meet again someday From, English Panel, SMK Desa Cemerlang


Mon, 11 Oct 2010 - Akie (SMK Taman Daya 2)
Tahniah buat Pn Mahani yg menimang chyamata ke 3 & En Khairill yg baru mendirikan masjid, moga berbahagia hingga hujung nyawa


Mon, 11 Oct 2010 - Sa'adah binti Ahmad (GPK 1) (SK Desa Cemerlang)
Saya mewakili warga SK Desa Cemeralng mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baru sekolah kami iaitu Encik Mohammad bin Rahmad. Semoga beliau dapat memberi khidmat cemerlang di sekolah kami.


Mon, 11 Oct 2010 - AZIAN ZB (SK KOPOK)
Selamat Berjuang kepada calon PMR..


Sat, 09 Oct 2010 - Mohd.Ramli B.Embok Nginang (Penyelia Kanan Sukan,PPD Pasir Gudang)
Tahniah dan terima kasih kepada Puan PPD,Pn.Hjh Saadiah,suami serta keluarrga sempena majlis rumah terbuka hariraya yang diadakan.Dengan keramahan sambutan,keenakan juadah hidangan dan keceriaan tetamu yang di undang menambahkan lagi semangai silaturrahim sesama keluarga warga PPDPG dengan keluarga Puan serta para hadirin yang lain.....Menadah tangan mohon majlis diberi keberkatan,dihulur tangan mohon keampunan.MAAF ZAHIR BATIN.


Fri, 08 Oct 2010 - Warga PPD Pasir Gudang (Pasir Gudang)
Ucapan Tahniah...Jamuan Hariraya yg Happening... Kepada Puan Hjh Saadiah dan warga pejabat pendidikan pasir gudang yang menganjurkan jamuan Hari Raya 2010. Konsep hidangan makanan dan minuman yg diketengahkan oleh setiap unit di PPDPG sangat menaik . boleh di teruskan serta dijadikan contoh di peringkat sekolah. Boleh juga menjemput beberapa wakil sekolah u tuk melihat perjalanan majlis.... Terima kasih.... maaf zahir Batin.


Thu, 07 Oct 2010 - Mohd.Ramli B.Embok Nginang (Penyelia Kanan Sukan,PPD Pasir Gudang)
Kepada semua rakan guru daerah Pasir Gudang,Kejohanan MSKPPM akan diadakan didaerah Segamat pada 29oktober-31oktober,2010(Jumaat-Ahad).Diharapkan KEBIRU sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang menghantar guru-guru untuk menyertai sesi pemilihan bagi penyediaan pasukan permainan seperti surat edaran ke sekolah-sekolah. Puan PPD mengharapkan pasukan yang mewakili daerah Pasir Gudang tahun ini adalah sebuah pasukan yang kuat dan mantap dan seterusnya boleh mencapai kejayaan bagi menaikan kedudukan dan reputasi daerah kita yang sebelum ini agak kurang memberangsangkan."GEMPUR UNTUK KEMENANGAN"....SELAMAT BERJAYA.


Wed, 06 Oct 2010 - TUAN HJ. ABDUL RAHMAN BIN DEWA [YDP PIBG (SK PASIR GUDANG 3)
Pihak PIBG dan SK Pasir Gudang 3 akan mengadakan Karnival Hari Keusahawanan pada:- Tarikh : 30 Oktober 2010 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang Aktiviti yang akan dijalankan adalah:- 1. Kempen Derma Darah bersama Unit Darah Hospital Sultanah Aminah, JB [mana-mana individu yang ingin menderma boleh berhubung dengan Setiausaha PIBG SK Pasir Gudang 3 di talian 07-2515315] 2. Jualan makanan, minuman dan pakaian terpakai 3. Pameran-pameran dan sebagainya Tuan/ Puan adalah digalakkan untuk menghadiri ke Karnival Keusahawanan ini.


Wed, 06 Oct 2010 - NUBHAN BIN YAHAYA (SK. TANJUNG PUTERI RESORT)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan guru di Daerah Pasir Gudang. Kami warga Sk. Tanjung Puteri Resort mengucapkan tahniah kepada Pn. Normi kerana dapat mengerjakan haji ke Tanah suci pada tahun ini dan mendoakan beliau dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna dan kembali ke tanah air dengan selamat. Amin.......



Muka Pertama | « [23/105] » | Muka 105