Tarikh Penting

UPSR

20 September 2018


PT3

8 Oktober 2018


SPM

13 November 2018


STAM

16 Oktober 2018


Buku Pelawat

Warga Kerja PPD Pasir Gudang ,
PPD Pasir Gudang

"إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون اللَّهُمَّ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Almarhumah Ramlah Bt Othman, Guru Besar SK Taman Scientex yang telah kembali ke Rahmatullah jam 12.59 tengah hari pada 30 September 2017(Sabtu). Semoga Allah SWT merahmati segala jasa baik dan sumbangan beliau dalam dunia pendidikan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       13 pelawat di talian
PENTING : PEMAKLUMAN SKOR UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) MURID KEPADA IBU BAPA DAN PROGRAM INTERVENSI
oleh : En. Zool Hilman Bin Haironi, Penolong PPD Sains Kemasyarakatan
pada 20 Mar 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Dapatan dari pemantaun pihak Nazir Sekolah, mendapati sekolah tidak mengedarkan dan memaklumkan hasil skor ujian SEGAK murid kepada ibu bapa setelah ujian dijalankan dan tidak menjalankan program intervensi bagi murid yang gagal dalam ujian SEGAK tersebut.

3.     Sehubungan dengan itu, mohon semua sekolah untuk mengedarkan dan memaklumkan slip skor ujian SEGAK murid penggal pertama dengan menggunakan slip keputusan offline, manakala bagi penggal kedua dengan menggunakan slip keputusan online kepada ibu bapa. Pihak sekolah juga dimohon untuk mengadakan program intervensi bagi murid yang gagal dalam ujian tersebut.Bersama ini dilampirkan surat makluman akan perkara tersebut untuk rujukan pihak sekolah.

4.     Kerjasama dan tindakan semua sekolah amat diharapkan ke arah melahirkan murid yang sihat dan cergas.Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zool Hilman Bin Haironi, Penolong PPD Sains Kemasyarakatan di talian 019 7881705 atau En. Ahmad Imran B. Md Isa,Penyelia Kokurikulum di talian 019 7017252.Sekian, terima kasih.

 



Lampiran Fail

SURAT MAKLUMAN SEGAK (269)


Tindakan : PENGETUA / GURU BESAR / PK PENTADBIRAN
Cetak