Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       15 pelawat di talian
SEGERA : RALAT : TAKLIMAT KERJA PENATARAN DAN LATIHAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) DI BAWAH INISIATIF PRASEKOLAH 2013 DAERAH PASIR GUDANG
oleh : En. Sharful Admal Bin Adnan, Penolong PPD Prasekolah / Permata
pada 26 Apr 2013

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan 1 orang wakil Guru Prasekolah ( 1 guru mewakili 1 sekolah untuk prasekolah ) Daerah Pasir Gudang untuk menghadiri Taklimat Kerja Penataran Dan Latihan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) Di Bawah Inisiatif Prasekolah 2013 Daerah Pasir Gudang seperti ketetapan berikut :-

2.1 Tarikh : 30 April 2013 ( Selasa )
2.2 Tempat : T.S Hotel Taman Scientex, Pasir Gudang
2.3 Masa : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
2.4 Keperluan : a) Data Murid Prasekolah Terkini Setiap Kelas
b) Komputer Riba
c) "Broadband"
d) Wayar Penyambung

3. Kehadiran diwajibkan. SILA ABAIKAN TAKLIMAT SMPK YANG DIADAKAN PADA 30 APRIL 2013 JAM 2.00 PETANG. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sharful Admal Bin Adnan, Pen. PPD Prasekolah/Permata, PPD Pasir Gudang di talian 016-7065978 atau Pejabat 07-3881210 samb. 254. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, untuk tindakan dan makluman pihak tuan.

 



Lampiran Fail

SURAT PANGGILAN (274)


Tindakan : GURU PRASEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG
Cetak