Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

ROKIAH MD YUNOS ,
UNIT AKADEMIK

"SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA WARGA KERJA PPD PASIR GUDANG AGAR RAMADHAN TAHUN INI DAPAT DILALUI DENGAN PENUH KESABARAN. HARAPAN AGAR IBADAH KITA MENDAPAT GANJARAN DARI NYA..."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       12 pelawat di talian
SOP PERANTI YES 2.0
oleh : En. Lokman Hakim bin Mahamad, Penolong PPD Teknologi & Maklumat
pada 19 Jun 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Bersama-sama ini dilampirkan surat dari JPN Johor JPNJ.SPMICT(21)/100-13/3/3 JLD.8 (29) bertarikh 11 Jun 2017 yang dengan jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

 

Antara perkara yang ingin ditekankan berkaitan SOP Versi 2.0 yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) ini ialah :

 

1.     Perubahan Pusat Pengumpulan Peringkat Negeri dari Pusat Kegiatan Guru ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

 

2.     Bagi situasi pemulangan peranti (seperti kes guru bersara, guru menolak peranti, dan guru ditamatkan perkhidmatan), peranti dan borang bp_v2 dihantar oleh sekolah ke Sektor Pengurusan Maklumat, JPN Johor tanpa perlu melalui Pejabat Pendidikan Daerah.

 

3.     Bagi permohonan baharu, pihak sekolah perlu mengisi dan melengkapkan borang bppdgb_v2 dan hantar ke Sektor Pengurusan Maklumat untuk diproses.

 

4.     Bagi situasi guru berpindah, peranti Altitude dibawa bersama ke sekolah baharu kerana perkhidmatan pelan data guru didaftarkan kepada ID 1Bestarinet guru secara individu. Namun, adalah menjadi tanggungjawab guru yang berpindah tersebut untuk memberi maklumat terkini sekolah baharu melalui pengisian borang bmgb_v2.

 

5.     Bagi situasi peranti hilang atau dicuri, guru perlu mengganti semula peranti dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.

 

6.     Bagi situasi peranti rosak (manufacturing defect), guru menghubungi meja bantuan (helpdesk) untuk melaporkan kerosakan peranti (kecuali kerosakan bateri dan pengecas) dan mendapatkan SOP selanjutnya melalui helpdesk.

 

7.     Bagi situasi kad sim rosak, guru membuat laporan kerosakan ke helpdesk bagi urusan penggantian kali pertama. Penggantian kerosakan kad sim yang berikutnya akan dikenakan bayaran RM10.

 

8.     Dengan penggunaan SOP v2.0 ini, maka versi yang sebelum ini dibatalkan.

 

9.   Tuan di minta untuk download SOP v2.0 pada pautan ini : http://bit.ly/2sOaFEm

 

 

Pihak sekolah diminta untuk mematuhi prosedur terkini seperti yang dinyatakan dalam surat ini bagi melancarkan proses pengurusan peranti.

 

Sekian, terima kasih.

 

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



Lampiran Fail

Surat SOP JPN (203)


Tindakan : PENGETUA / PEYELARAS 1CT/VLE
Cetak