Buku Pelawat

En. Hashim Bin Zainal ,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Selamat menyambut Bulan Ramadan Al- Mubarak kepada semua warga pendidikan Daerah Pasir Gudang.Semoga kehadiran bulan yang penuh barakah ini akan meningkatkan potensi dan integriti kita dalam memikul tanggungjawab sebagai warga pendidikan yang sentiasa cemerlang dalam pelbagai aspek.Buat anak -anak yang berada di bangku sekolah sama ada anda adalah calon yang bakal menghadapi peperiksaan besar ataupun tidak,jadikan ruang waktu yang ada ini untuk anak -anak semua meningkatkan kemampuan pencapaian akademik secara maksimun dengan istiqamah dan berusaha memperbaiki sahsiah diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.Moga usaha semua pihak ini akan dilihat sebagai satu jihad dalam menghadapi suasana bulan puasa yang mulia ini...InsyaAllah"
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       12 pelawat di talian
KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG – STORY TELLING LEVEL 1, STORY TELLING LEVEL 2, PUBLIC SPEAKING DAN ACTION SONG COMPETITION 2012
oleh : En. Kumaran A/L Apala Naidu, Penolong PPD BI (Ren)
pada 23 Apr 2012

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Story Telling Level 1, Story Telling Level 2, Public Speaking dan Action Song akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

 

            2.1       Tarikh              :  24 April 2012 (Selasa)

            2.2       Masa                :  7.45 pagi - 1.00 petang

            2.3       Tempat            :  Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang

            2.4       Anjuran           : Pengerusi Story Telling Level 1 and Level 2

                                                  Pengerusi Public Speaking

                                                  Pengerusi Action Song

                                                  Karnival Bahasa Inggeris Daerah Pasir Gudang

 

3.    Sehubungan itu, setiap zon dikehendaki menghantar Johan dan Naib Johan bagi acara di atas pada masa dan tarikh yang ditetapkan.

 

4.    Bersama-sama ini dilampirkan atur cara perjalanan pertandingan, senarai sekolah yang mewakili zon, senarai AJK/ hakim yang terbaru dan borang pendaftaran peserta bagi setiap pertandingan untuk tindakan tuan/puan. Borang pendaftaran peserta yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran.

 

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Hjh Hamidah binti Mengan di talian 013-7210747 atau Pn Suhaibah Binti Nordin di talian  019-7286292.

 



Lampiran Fail

ATUCARA PERJALANAN PERTANDINGAN (337)
SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERJAYA MEWAKILI ZON (300)
SENARAI AJK DAN HAKIM TERBARU (286)
BORANG PENYERTAAN ACTION SONG (285)
BORANG PENYERTAAN PUBLIC SPEAKING (336)
BORANG PENYERTAAN STORY TELLING LEVEL 1 (292)
BORANG PENYERTAAN STORY TELLING LEVEL 2 (334)


Tindakan : GURU BESAR SEKOLAH BERKENAAN
Cetak