Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       7 pelawat di talian
Penarafan Kendiri Bilik Operasi Pentaksiran(BOP) Tahun 2013
oleh : ,
pada 03 Apr 2013

Assalammualaikum. Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia

1. Pengetua,

SMK Daerah Pasir Gudang

2. Guru Besar,

SK, SJK(C) dan SJK(T) Daerah Pasir Gudang.

3. Penyelaras Bilik Operasi Pentaksiran

Tuan/Puan,

Penarafan Kendiri Bilik Operasi Pentaksiran(BOP) bagi Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan borang penganugerahan BOP bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah negeri Johor telah dilanjutkan sehingga 12 April 2013.

2. Sehubungan itu, bagi sekolah-sekolah yang belum menyerahkan borang BOP/SPP/JPNJ1 Pin.2013, sila hantar ke Unit Penilaian dan Peperiksaan, PPD Pasir Gudang pada atau sebelum 12 April 2013.

3. Sekolah-sekolah yang telah mendapat penganugerahan bagi tahun 2010. 2011 dan 2012  juga diminta untuk membuat penarafan kendiri dan menyerahkan borang tersebut.

4. Disertakan Format Borang Penarafan Kendiri BOP/SPP/JPNJ1 Pin.2013, sebagai rujukan dan panduan tuan/puan.

Sekian, terima kasih.



Lampiran Fail

Borang Penarafan Kendiri BOP 2013 (748)


Tindakan : Pengetua, Guru Besar dan Penyelaras BOP
Cetak