Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

ROKIAH MD YUNOS ,
UNIT AKADEMIK

"SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA WARGA KERJA PPD PASIR GUDANG AGAR RAMADHAN TAHUN INI DAPAT DILALUI DENGAN PENUH KESABARAN. HARAPAN AGAR IBADAH KITA MENDAPAT GANJARAN DARI NYA..."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       7 pelawat di talian
PENGIKTIRAFAN DAN KELULUSAN MENGADAKAN KEM KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH ZON RINTING PERINGKAT DEARAH PASIR GUDANG TAHUN 2017
oleh : En. Ahmad Imran bin Md Isa, Penyelia Kokurikulum
pada 19 Apr 2017

 

SMK SERI KOTA PUTERI 2

SMK TAMAN RINTING 2

SMK DATO PENGGAWA TIMUR

SMK TAMAN MEGAH RIA

SMK SERO KOTA PUTERI

 

Tuan,

 

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas dan surat  JEA1071.700-6/1/4(   )  bertarikh 4 April 2017 dan berkaitan.

2.            Sukacitanya dimaklumkan bahawa, setelah meneliti permohonan pihak tuan untuk melibatkan lima buah sekolah didalam program tersebut pada 27 dan 28 April 2017 bertempat di Hutan Rekreasi, Universiti Teknologi Malaysia. Pihak kami tiada halangan untuk membenarkan pihak tuan melibatkan pelajar dan guru sekolah terlibat dan memutuskan program yang disertai ini diiktiraf sebagai program kokurikulum peringkat daerah. Pihak tuan juga dikehendaki menghantar pelaporan bergambar dua  minggu selepas program dijalankan (Rujuk Lampiran - pelaporan program).

3.             Aspek kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan murid hendaklah diutamakan seperti terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2016, Bil. 8/2009 dan Bil. 7/1988 yang antaranya mengandungi perkara berikut :

i. tiada unsur paksaan menyertai aktiviti tersebut,

ii. penyertaan tidak mengganggu persekolahn guru dan pelajar,

iii. segala langkah hendaklah diambil demi kebajikan dan keselamatan peserta (rujukan SPI                     Bil.5/2016 :  Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan                       Serta Kegiatan  Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Luar Kawasan Sekolah),

iv.kebenaran bertulis daripada ibu / bapa / penjaga hendaklah diperolehi,

v. murid terlibat mestilah dilindungi oleh Skim Insuran Perlindungan Diri tambahan,

vi. guru pengiring mesti terlibat dalam semua aktiviti murid,

vii.Cuti Tanpa Rekod guru hendaklah tidak melebihi 14 hari,

viii.penglibatan guru / murid hendaklah mendapat kelulusan Pengetua / Guru Besar,

ix.tiada implikasi kewangan dan perundangan ke atas Kementeriaan Pendidikan Malaysia,                              Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Pasir Gudang; dan

x. kelulusan ini hanya untuk tujuan yang dipohon pada mulai 27 April 2017 dan luput selepas                         28 April 2017

4.Sekiranya ada kemusykilan dan pertanyaan , sila hubungi Puan Hajah Suhaila Bt Bakit (Penolong PPD Kokurikulum) ditalian 019-368 9940 atau Encik Ahmad Imran bin Md Isa (Penyelia Kokurikulum PPD Pasir Gudang) ditalian 019-7017252.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 



Lampiran Fail

pengiktiran program zon rinting (0)


Tindakan : PENGETUA / GURU BESAR / GPK KOKURIKULUM
Cetak