Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






JBC1032
tuahkamisan
JBA1015
JBC1030
       38 pelawat di talian
KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMETN - CPD)
oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti
pada 09 Sep 2013

 

                                                                          No. Rujukan       : JPA1006ULKS/500-4/1 ( )

                                                                                                                                                                                                                        Tarikh                  : 09 SEPTEMBER 2013

 

Pengetua / Guru Besar dan

Guru-guru seperti di lampiran,

Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.

 

Tuan,

 

KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG 41 PPD PASIR GUDANG TAHUN 2013

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.            Untuk makluman, PPD Pasir Gudang akan melaksanakan Kursus Pembangunan Profesional Berterusan (Continuos Profesionalisme Development - CPD). Sehubungan dengan itu, guru-guru yang terlibat seperti di lampiran di kehendaki hadir untuk mengikuti kursus seperti di jadual yang di lampirankan.

 

3.             Kehadiran tuan di dalam kursus ini adalah diwajibkan. Jika tuan tidak dapat menghadirinya sila kemukakan sebab secara bertulis dan hendaklah disahkan oleh Pengetua. Tuan dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak urus setia kursus seperti di Lampiran A.

 

4.             Sepanjang kursus berlangsung, pihak kami akan menyediakan penginapan dan makan minum. Manakala tuan layak menuntut elaun perjalanan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa sekarang. Sila maklumkan pengesahan kehadiran (Lampiran B) kepada PENYELARAS SIRI KURSUS yang berkenaan pada atau sebelum 11 SEPTEMBER 2013. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Penyelaras Siri Kursus yang berkenaan seperti di lampiran. Bersama ini dilampirkan jadual kusus, borang tuntutan perjalanan yang perlu diisi dan dibawa ketika kursus.

 

3.             Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Ahmad Firdaus Bin Abd. Hadi, Penyelaras Unit Pembangunan dan Profesional di talian 012-6259542 atau 07-3881210 sambungan 212. Segala kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

 

Sekian untuk makluman dan tindakan.

 

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 "KERJA SEPASUKAN MERAIH KEGEMILANGAN"

 "1 HATI KE ARAH 1 MATLAMAT"

 

 



Lampiran Fail

SENARAI NAMA PESERTA (887)
BORANG TNT PERJALANAN PESERTA (273)
BORANG PENDAFTARAN SIRI 1 (225)
BORANG PENDAFTARAN SIRI 2 (196)
BORANG PENDAFTARAN SIRI 3 (191)
BORANG PENDAFTARAN SIRI 6 (230)
LAMPIRAN A (315)
LAMPIRAN B SIRI 1 (267)
LAMPIRAN B SIRI 2 (244)
LAMPIRAN B SIRI 3 (204)
LAMPIRAN B SIRI 6 (231)
JADUAL CPD (709)
SURAT JPN MS 1 (392)
SURAT JPN MS 2 (303)


Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR
Cetak