Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

ROHAIZAD BIN MOHD HANAFIAH ,
PPPD PERHUBUNGAN, PPDPG

"Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan kepimpinan pendidikan daerah Pasir Gudang, warga PPD Pasir Gudang, Pengetua, Guru Besar, Guru-guru serta seluruh anggota kakitangan pelaksana di daerah Pasir Gudang atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang saya berkhidmat di sini. Ampun dan maaf dipinta andai ada salah & silap yang dilakukan. Didoakan semoga daerah Pasir Gudang akan terus memacu kecemerlangan yang lebih gemilang di masa akan datang. Semoga berjumpa lagi. "
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       17 pelawat di talian
BENGKEL VERIFIKASI DATA E-OPERASI SEKOLAH RENDAH
oleh : Pn. Norhidayah Binti Husin,
pada 15 Jun 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman tuan/puan bengkel  tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        TARIKH        : 18 JUN 2017 ( AHAD )
                                MASA            : 1.30 PETANG - 4.00 PETANG
                                TEMPAT        : DEWAN, SK TAMAN MEGAH RIA                                                                               

3.         Sehubungan itu, semua Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Data sekolah rendah dikehendaki hadir ke bengkel tersebut. Sila bawa bersama laptop, wayar penyambung, broadband, senarai nama guru terkini dan maklumat ralat dalam sistem e-operasi.

4.         Tuan/puan boleh membuat tuntutan perjalanan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang sedia ada dan dasar penjimatan masih berkuatkuasa. Tuan/puan adalah disarankan agar dapat berkongsi kenderaan dengan rakan-rakan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Tuah bin Kamisan - Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rendah di talian 019-7454716 (h/p) atau 07-3881210 samb 267.

 


Tindakan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Data, Sekolah Rendah Daerah Pasir Gudang
Cetak