Tarikh Penting

UPSR

20 September 2018


PT3

8 Oktober 2018


SPM

13 November 2018


STAM

16 Oktober 2018


Buku Pelawat

Warga Kerja PPD Pasir Gudang ,
PPD Pasir Gudang

"إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون اللَّهُمَّ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Almarhumah Ramlah Bt Othman, Guru Besar SK Taman Scientex yang telah kembali ke Rahmatullah jam 12.59 tengah hari pada 30 September 2017(Sabtu). Semoga Allah SWT merahmati segala jasa baik dan sumbangan beliau dalam dunia pendidikan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       14 pelawat di talian
MAKLUMAT SENARAI KAVEAT BAGI GURU DAN BUKAN GURU SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG
oleh : Pn. Fazlin Azzila Bt Omar, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 24 Nov 2017

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hrmis Jabatan Pendidikan Negeri Johor sedang mengumpulkan data bagi Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang disenarai  (Kaveat) untuk tahun 2017.

3.         Kaveat ini adalah pengecualian daripada penilaian LNPT dan PBPPP seperti kes-kes berikut :-

               i.       Penjawat awam yang dinilai oleh bukan Anggota Perkhidmatan Awam.

               ii.      Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) melebihi 6 bulan

               iii.      Cuti Belajar Separuh Gaji melebihi (CBBG) 6 bulan

              iv.      Cuti Tanpa Gaji (CTG) melebihi 6 bulan

               v.      Cuti Sakit Lanjutan melebihi 6 bulan

              vi.      Lantikan Baharu Tidak Cukup Tempoh 6 Bulan

              vii.      Kursus Jangka Panjang melebihi 6 bulan

              viii.     Tindakan Tatatertib-Tidak Hadir  Bertugas Tanpa Kebenaran Ketua Jabatan

                ix.      Exit Polisi

4          Sehubungan dengan itu, sekolah yang terlibat hendaklah menghantar maklumat tersebut menggunakan borang yang disertakan. Borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada Puan Fazlin Azzila binti Omar ( Unit Pentadbiran Am ) dengan kadar segera selewat-lewatnya 27 November 2017 (Isnin ).

5.         Di atas segala kerjasama yang tuan/puan berikan adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Sekian, terima kasih.

 



Lampiran Fail

SURAT ARAHAN (299)
BORANG KAVEAT (292)


Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR
Cetak