Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

Warga Kerja PPD Pasir Gudang ,
PPD Pasir Gudang

"إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون اللَّهُمَّ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Almarhumah Ramlah Bt Othman, Guru Besar SK Taman Scientex yang telah kembali ke Rahmatullah jam 12.59 tengah hari pada 30 September 2017(Sabtu). Semoga Allah SWT merahmati segala jasa baik dan sumbangan beliau dalam dunia pendidikan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       11 pelawat di talian
PANGGILAN AKHIR URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH BAGI KAKITANGAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) YANG MASIH BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH
oleh : Pn. Fazlin Azzila Bt Omar, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 09 Oct 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sehubungan itu, semua Ketua Jabatan diminta untuk memastikan kakitangan (guru/bukan guru) di bawah seliaan tuan hadir bagi urusan pendaftaran pemilih dan membawa satu salinan kad pengenalan seperti ketetapan berikut :

 

                         Tarikh            :  10 Oktober 2017 (Selasa)

                         Masa             :  11.00 pagi - 2.00 petang

                                                  2.00 petang - 4.00 petang

                         Tempat          :  Dewan SK Taman Rinting 1

                                                    

3.         Bersama ini disertakan senarai guru dan bukan guru yang dikehendaki hadir bagi tujuan tersebut. Sekiranya tidak hadir Ketua Jabatan perlu mengemukakan surat tunjuk sebab beserta justifikasi kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

 

4.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Md Yunan Bin Abd Majid,  Timbalan PPD Pasir Gudang di talian 07-3881210 samb 206 atau Puan Nurul Affizie binti Mohamad Daut, Pegawai Eksekutif di talian 07-3881210. Kerjasama pihak tuan atas perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian terima kasih.

**SEKIRANYA TELAH BERDAFTAR SILA HADIR DENGAN MEMBAWA SALINAN SLIP PENDAFTARAN PEMILIH YANG BOLEH DICETAK DI LAMAN SESAWANG SPRM**



Lampiran Fail

SENARAI GURU TERLIBAT (289)
SURAT PANGGILAN (268)


Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR
Cetak