Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






muhammad
JBC1030
       33 pelawat di talian
TINDAKAN SEGERA : PERMOHONAN ABM PERJAWATAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014
oleh : Pn. Fazlin Azzila Bt Omar, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 20 Jul 2013

UNTUK MAKLUMAN, CAPAIAN PERMOHONAN ABM PERJAWATAN TAHUN 2014 MELALUI SISTEM E-OPERASI TELAH DIBUKA. SEMUA SEKOLAH DIKEHENDAKI MELENGKAPKAN BUTIRAN ABM TERSEBUT. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 23 JULAI 2013 ( SELASA ) DAN SEKOLAH DIKEHENDAKI MENGHANTAR SATU SALINAN ( BORANG SR1 ) PERMOHONAN ABM PERJAWATAN TERSEBUT KE UNIT RENDAH SELEWAT-LEWATNYA 24 JULAI 2013 UNTUK DIBUAT SEMAKAN DAN DISAHKAN . SEBARANG KELEWATAN AMAT DIKESALI.

 

SEKIAN,UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN TUAN/PUAN.

 

 


Tindakan : GURU BESAR DAN GPK 1
Cetak