Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

ROKIAH MD YUNOS ,
UNIT AKADEMIK

"SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA WARGA KERJA PPD PASIR GUDANG AGAR RAMADHAN TAHUN INI DAPAT DILALUI DENGAN PENUH KESABARAN. HARAPAN AGAR IBADAH KITA MENDAPAT GANJARAN DARI NYA..."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       3 pelawat di talian
[ SEGERA DAN PENTING ] : PEMANTAUAN PENGHANTARAN PENYATA KEWANGAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2015 DAN 2016 DAN PENGUMPULAN DATA BAKI KUMPULAN WANG SEKOLAH - PPD PASIR GUDANG
oleh : Pn. Faridah Binti Muhamad, Penolong Akauntan
pada 19 Mar 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Tuan/Puan,

 

Adalah saya di arah merujuk perkara di atas.

 

2.         Untuk makluman pihak tuan/puan, Bahagian Akaun KPM sedang dalam usaha mengumpulkan maklumat penghantaran Penyata Kewangan Tahunan Sekolah kepada Bahagian Audit Sekolah (BAS). Disamping itu juga, beberapa maklumat penting berkenaan baki Kumpulan Wang Sekolah turut diperlukan bagi pengumpulan data baki awal dalam Pelaksanaan Kumpulan Wang Amanah Sekolah (KWAS) tahun 2018. Bagi menjayakan pengumpulan maklumat berkenaan, mohon jasa baik semua Pegawai Penyedia / Pelaksana dalam Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah di semua Sekolah Daerah Pasir Gudang untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti berikut :

 

 i.         Maklumat Penghantran Penyata Kewangan Sekolah kepada BAS (Tahun 2015 & 2016);

 

ii.         Jenis Penyata Kewangan Sekolah yang dihantar (PATSKOM / eSPKWS) tahun 2015 & 2016; dan

 

iii.        Baki Aset & Kumpulan Wang Terkumpul (KWT) setiap kumpulan wang sekolah (Tahun 2015 & 2016)

 

3.         Semua maklumat berkenaan hendaklah disediakan mengikut format yang telah disediakan seperti di lampiran. Mohon jasa baik tuan/puan dapat melengkapkan maklumat berkenaan sebelum/pada 21 Mac 2017 (Selasa). Penghantaran boleh dibuat melalui kaedah/saluran seperti berikut :

 

i.          Secara serahan tangan ke Unit Kewangan, PPD Pasir Gudang; atau

 

ii.         Secara email ke alamat : espkws.pgu@gmail.com; atau

 

iii.        Secara Telegram Messenger ke talian 019-7951464

 

Kerjasama dan tindakan segera daripada tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih

 

Sekian, terima kasih.

 

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

               t.t.

 

UNIT KEWANGAN,

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG

07-3881210

 



Lampiran Fail

ANALISA LAPORAN AUDIT BAS - Sekolah PPDPG (336)


Tindakan : KPT / PT YANG MENGURUSKAN KEWANGAN SEKOLAH
Cetak