Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       17 pelawat di talian
PENGEMASKINIAN DATA e-OPERASI BAGI TUJUAN ABM PERJAWATAN 2013 DI TALIAN e-OPERASI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG
oleh : Cik Erny Binti Yahaya, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 10 Jul 2012

UNTUK MAKLUMAN, KPM BAHAGIAN SUMBER MANUSIA AKAN MENJALANKAN PERMOHONAN ABM PERJAWATAN DALAM TALIAN e-OPERASI BERMULA 16 JULAI 2012.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEMUA SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DIMINTA MENGEMASKINI DATA DI SISTEM e-OPERASI SELEWAT-LEWATNYA 15 JULAI 2012.

BERSAMA-SAMA INI DISERTAKAN SURAT SIARAN YANG BOLEH DIMUATURUN OLEH PIHAK SEKOLAH. SEKIAN UNTUK TINDAKAN DAN MAKLUMAN. TERIMA KASIH.



Lampiran Fail

SURAT e_OPERASI (476)


Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR SERTA GURU DATA
Cetak