Tarikh Penting

UPSR

20 September 2018


PT3

8 Oktober 2018


SPM

13 November 2018


STAM

16 Oktober 2018


Buku Pelawat

Warga Kerja PPD Pasir Gudang ,
PPD Pasir Gudang

"إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون اللَّهُمَّ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Almarhumah Ramlah Bt Othman, Guru Besar SK Taman Scientex yang telah kembali ke Rahmatullah jam 12.59 tengah hari pada 30 September 2017(Sabtu). Semoga Allah SWT merahmati segala jasa baik dan sumbangan beliau dalam dunia pendidikan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       20 pelawat di talian
PERMOHONAN PEMULANGAN PERUNTUKAN TAMBAHAN RMT BULAN FEBRUARI 2018 KE JPNJ
oleh : En. Mohamad Don Bin Mohd Jadi, Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid
pada 28 Nov 2017

Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang

 

Tuan,

PERMOHONAN PEMULANGAN PERUNTUKAN TAMBAHAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BULAN FEBRUARI 2018 KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor Ruj:JPNJ.HEM(36)/100-19/4 Jld.19 ( ) bertarikh 27 November 2017 adalah berkaitan.

2.         Sehubungan itu mohon kerjasama pihak sekolah untuk memulangkan peruntukan RMT Februari 2018 melalui cek di atas nama PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR ke Unit HEM PPD Pasir Gudang selewat-lewatnya pada 30 November 2017 jam 12.00 tengahari untuk pihak PPD Pasir Gudang menghantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

3.         Bersama-sama ini dilampirkan LAMPIRAN F yang menerangkan maklumat penyaluran peruntukan ke akaun sekolah untuk tindakan tuan.

4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohamad Don bin Mohd Jadi, Penyelia Kanan HEM PPD Pasir Gudang di talian 019 7076747.

Sekian. Terima kasih.



Lampiran Fail

Lampiarn F (375)


Tindakan : GURU BESAR
Cetak