Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       12 pelawat di talian
PENGURUSAN PERMOHONAN BIASISWA BKP /BKPU 2011
oleh : En. Daud Bin Othman, Penyelia Kanan Pembangunan Kemanusiaan
pada 21 Mar 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk.

Untuk makluman tuan Data SMM murid yang layak memohon BKP/BKPU boleh disemak secara atas talian http:// apps.moe.gov.my/biasiswa pada 20-25 Mac 2011.

 Permohonan anugerah baru BKP/BKPU secara atas talian bagi negeri Johor telah ditetapkan pada 10-16 April 2011. Pihak kami ingin mengingatkan tuan adalah bertanggungjawab mengikut prosedur , sebarang kegagalan untuk mengambil tindakan boleh menyebabkan pelajar tuan gagal dianugerahkan biasiswa berkenaan.

Surat dari JPNJ : JPNJ.HEM.(36)/100-19/4/2/1/JLD 3 (   ) telah diedar kepada semua sekolah menengah dalam PPD Pasir Gudang pada 18 Mac 2011. Segala masalah dan pertanyaan untuk Key In,  sila hubungi Pn Siti Sakora Wahab - 0197211184 dan Pn Aspelela Jaafar - 0177152099 


Tindakan : GPK HEM DAN GURU BIASISWA
Cetak