Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

FARIDAH BINTI MUHAMAD ,
UNIT KEWANGAN, PPD PASIR GUDANG

"Salam Takziah. Innalillahi wainna ilaihi roojiuun. Dimaklumkan seorang PT (Kew) W19 SMK Johor Jaya 1 daerah Pasir Gudang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi jam 10 mlm. Beliau telah menghidap kanser usus sejak beberapa bulan yang lalu. Diucapkan takziah kepada keluarganya dan sama-sama kita doakan semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan kepada rohnyaserta dikumpulkan dalam golongan orang-orang beriman. Aamiin. (PG kehilangan seorang PT Kewangan yang bagus dan bijak serta komited dalam kerja) "
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       14 pelawat di talian
PROGRAM “ TEACHERS’ CHALLENGE RUN ” HARI GURU DAERAH PASIR GUDANG 2017
oleh : En. Rohaizad Bin Mohd Hanafiah, Penolong PPD Perhubungan
pada 20 Apr 2017

Tuan,

PROGRAM TEACHERS CHALLENGE RUN  HARI GURU DAERAH PASIR GUDANG 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Daerah Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2017 akan menganjur program Teachers Challenge Run sebagaimana butiran berikut :

 

Tarikh : 13 Mei 2017 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi

Tempat : SMK Taman Mount Austin

 

Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan dan syarat-syarat yang ditetapkan untuk makluman dan tindakan tuan. Pihak kami memerlukan kerjasama setiap sekolah dengan menghantar 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan bagi menyertai larian ini.

 

Segala tindakan dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan dan penghantaran borang penyertaan, sila hubungi :

Sekolah Menengah - Encik Halbi bin Kaab ditalian 014-6177878

Sekolah Rendah - Encik Noor Azlee bin Sayad  ditalian  017-7587248.

 

Kerjasama tuan dipohon untuk memanjangkan pemakluman ini kepada warga sekolah tuan untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Semoga dengan penyertaan dalam kalangan warga pendidikan daerah Pasir Gudang dalam larian ini akan memeriahkan lagi sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Sebarang pertanyaan berhubung aktiviti lain yang turut dianjurkan sepanjang Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2017 sila hubungi Encik Rohaizad bin Mohd Hanafiah (Penolong PPD Perhubungan) di talian 07-3881210 sambungan 208.

Sekian, terima kasih.

 

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

 



Lampiran Fail

Borang Penyertaan Teachers Run (27)


Tindakan : Pengetua dan Guru Besar
Cetak