Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

FARIDAH BINTI MUHAMAD ,
UNIT KEWANGAN, PPD PASIR GUDANG

"Salam Takziah. Innalillahi wainna ilaihi roojiuun. Dimaklumkan seorang PT (Kew) W19 SMK Johor Jaya 1 daerah Pasir Gudang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi jam 10 mlm. Beliau telah menghidap kanser usus sejak beberapa bulan yang lalu. Diucapkan takziah kepada keluarganya dan sama-sama kita doakan semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan kepada rohnyaserta dikumpulkan dalam golongan orang-orang beriman. Aamiin. (PG kehilangan seorang PT Kewangan yang bagus dan bijak serta komited dalam kerja) "
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       25 pelawat di talian
KURSUS MENDEPANI INTEGRITI DALAM KERJAYA PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH PASIR GUDANG BAGI TAHUN 2017
oleh : Pn. Norhardiana binti Norli, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 19 Mar 2017

Pengetua

Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang

Tuan,

KURSUS MENDEPANI INTEGRITI DALAM KERJAYA PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH PASIR GUDANG BAGI TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa satu kursus Mendepani Integriti Dalam Kerjaya Pembantu Makmal Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Mac 2017 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Pendaftaran : 7.00 hingga 8.00 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna SMK Taman Scientex

 

3. Sehubungan itu, kehadiran pihak tuan adalah DIWAJIBKAN. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan sekiranya didapati tuan gagal hadir tanpa sebab yang munasabah. Kerjasama dan perhatian pihak tuan terhadap perkara ini amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Razali bin Ismail di talian 012-7704763, Pengerusi PMPG.

 

Sekian, terima kasih.

 



Lampiran Fail

SURAT PANGGILAN DAN SENARAI NAMA (140)


Tindakan : PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG
Cetak