Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       17 pelawat di talian
MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG KALI PERTAMA TAHUN 2010.
oleh : Pn. Mazlin Binti Haji Muhammad, Pembantu Operasi
pada 08 Mar 2010

           Rujukan kami : PPD/PGU/06/13/002(9)

                                                                                               Tarikh           :  5 Mac 2010  

Ketua Panitia Kemahiran Hidup

 

Melalui:

Guru Besar

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Pasir Gudang.

 

Tuan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

        Sukacita dimaklumkan, tuan/puan  adalah diwajibkan menghadiri mesyuarat seperti di atas mengikut ketetapan berikut:

 

                   Tarikh            :           11 hb Mach 2010 (Khamis)  

                   Masa              :           2.00 petang

                   Tempat           :           SK Taman Puteri Wangsa

                   Pengerusi        :           En. Baharudin Bin Abd. Wahid

                                                        Guru Besar SK. Taman Puteri Wangsa

 

      Agenda           :                 -           Ucapan Pengerusi

                                               -           Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

                                               -           Perkara berbangkit

                                                           -           Perancangan Aktiviti Tahunan

                                                           -           Hal-hal lain

                       

         Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi

En. Norhafiz bin Tamaldin (SK Taman Puteri Wangsa) di talian 012 6325023.          

 

Sekian terima kasih

 


Tindakan : KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG
Cetak